« »

Wednesday, June 5, 2013

Fesyen bawa Liza ke Paris

NURLIZA Azulkarnain, 28, seorang gadis yang tahu apa yang dimahukan dalam hidup. Pelajar terbaik di International Fashion Training Centre (IFTC) dan Paris American Academy (PAA) ini, berpegang teguh pada prinsip berusaha untuk berjaya biar apa jua halangan dan rintangan yang datang.
Demi matlamat yang jitu dan cintakan fesyen, Nurliza atau mudah disapa sebagai Liza , ke Paris semata-mata untuk menuntut ilmu dan mendalami maksud sebenar fesyen dari dahulu hingga kini.
Pada masa sama dia menimba pelbagai pengalaman di kota fesyen tersohor itu.
Idolanya ketika itu adalah Bernard Chandran, pereka tersohor yang juga pernah menuntut di IFTC, di Kuala Lumpur, dan PAA di Paris.

Sunday, July 4, 2010

Versi baru 'Tangan Tuhan' julang Uruguay

Luis Suarez mendakwa, tindakan sengajanya menampan bola menggunakan tangan pada minit terakhir masa tambahan semalam, adalah 'Tangan Tuhan' versi 2010.

Penyerang Uruguay itu mengambil risiko apabila bertindak mengeluarkan tandukan Dominic Adiyah dengan menggunakan tangan selepas bola betul-betul berada di atas garisan pintu gol.

Seandainya dia tidak berbuat demikian, bola sudah pasti menerjah gawang, sekali gus memberi kemenangan kepada Ghana, namun dengan bertindak 'berani' dia dilayangkan kad merah oleh pengadil Portugal, Olegario Benquerenca dan bakal terlepas perlawanan separuh akhir menentang Belanda.

Pengorbanan berisiko Suarez bagaimanapun berbaloi apabila Asamoah Gyan, yang diamanahkan mengambil penalti gagal menghasilkan gol selepas tendangannya terkena palang. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan dan saingan diheret ke penentuan penalti, sebelum Uruguay menang 4-2.

"Inilah adalah penamat Piala Dunia buat saya, namun saya tiada pilihan lain. Saya cuma ada 'Tangan Tuhan' sekarang.

"Saya melakukannya dengan harapan rakan-rakan sepasukan dapat memenangi perlawanan dalam penentuan penalti. Apabila saya melihat Gyan gagal menyempurnakan sepakan, ia memberi kegembiraan kepada saya," akui Suarez.

Ini merupakan insiden 'Tangan Tuhan' kedua dalam sejarah kejohanan. Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sebelum ini menjaringkan gol kemenangan ke atas England pada final 1986 dengan menggunakan tangan dan menggelar tindakannya itu sebagai 'Tangan Tuhan'.

Sementara itu, Ghana hanya boleh menyalahkan diri sendiri selepas kempunan untuk melangkah ke separuh akhir buat kali pertama.

Mereka sebenarnya memiliki banyak kelebihan untuk memenangi pertarungan tanpa perlu melalui penentuan sepakan penalti, namun gagal memanfaatkannya.

Kegagalan Gyan menyempurnakan penalti memberi kesan hebat buat skuad Black Stars, yang sebelum itu turut mendahului saingan menerusi jaringan Sulley Muntari pada minit ke-45, namun Diego Forlan menyamakan kedudukan pada minit ke-55. - Agensi



Tuesday, May 18, 2010

Oleh Suhaizan Bin Kaiat

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Ejen pengundian pos khususnya daripada semenanjung telah banyak menggangu kerja-kerja pembukaan & pengiraan undi pos. Suka saya jelaskan di sini, kami petugas PR menjadi ejen pengundian pos yang ditugaskan untuk membantah sebarang manipulasi undi pos. Saya dilantik oleh calon yang sah untuk membantah mana-mana kertas undi yang mencurigakan
Jika kami tidak menjaga proses-proses dalam undi pos maka :

a. Ejen pengundian pos tidak dapat mengawal kemasukkan 190 undi yang berkemungkinan telah dijual kepada pihak luar.

b. Ejen pengundian pos tidak dapat membantah 208 undi yang mencurigakan.

c. Ejen pengundian pos tidak dapat mengawal pendaftaran petugas SPR menjadi pengundi pos secara berleluasa. Jumlah petugas SPR 290. Walaupun dikawal tetapi masih terdapat seorang petugas SPR yang tidak sah bernama Justin Leo B. Lewis 540131-13-5063. Saya yakin jika ejen pengundian pos tiada maka angka petugas SPR yang didaftarkan mungkin meningkat. Mungkin menjadi 400 orang.

Oleh itu mari kita jumlahkan :

a. Halang kemasukkan undi petugas SPR yang mencurigakan : 190
b. Bantahan terhadap kertas undi mencurigakan : 208
c. Kemungkinan tambahan petugas SPR : 110

Jumlah 508

Jika 82 % menyokong BN maka BN akan mendapat tambahan 416 undi. BN akan memenangi PRK Sibu dengan mejoriti 416-398 = 18 undi.

Mungkinkah tanpa ejen pengundian pos Sibu akan jadi milik BN ? Jawaplah rakyat Malaysia.

Thursday, June 25, 2009

Tok Guru Nik Aziz di Himpunan Perdana Perpaduan 100 Ribu Rakyat

Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100 Ribu Rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.


Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula jam 9.00 malam.


"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.


Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut melibatkan kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat.


Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

Wednesday, April 1, 2009

April Fools': Marilah Jadi Bijak

Terdapat seorang sahabat yang meminta saya menulis suatu peringatan mengenai satu sambutan yang saya percaya masih diperingati setiap kali tiba 1 haribulan April iaitu April Fools’. Satu lagi tarikh dengan sambutan yang pelik.

Saya kagum dengan kesedaran yang dimiliki sahabat tersebut dan keinginannya melihat umat Islam bebas dari berkompromi dengan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mungkin bagi mereka yang mempunyai kesedaran Islam tidak melihat mengapa pentingnya perlu dibangkitkan hal ini kerana kita melihat diri kita tidakpun menyambutnya.

Tetapi diluar sana masih terdapat ramai yang terikut-ikut dengan budaya ini. Ada diantaranya bukanlah niat mereka untuk mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan nilai Islam, cumanya sudah terbiasa dengan persekitaran yang dicengkam ideologi menerima apa sahaja budaya luar tanpa menapis dahulu dengan melihat apakah pandangan Islam tentangnya. Ya, tidak semua dari luar itu jahat namun tidak semuanya baik juga. Maka timbanglah baik dan buruk itu dengan neraca wahyu.

April Fools’ secara amnya adalah hari dimana perbuatan memperolok-olok sesiapa sahaja menjadi teras sambutannya. Masih saya ingat sewaktu di sekolah dahulu, sepanjang hari terpaksa berhati-hati kerana pastinya ada sahaja penipuan akan dilakukan dan boleh jadi dari sesiapa sahaja.

Sekiranya terperangkap mempercayai penipuan tersebut maka ejekan April Fools’ akan diberi kepada mangsa. Dalam erti kata lain April Fools’ boleh disebut sebagai ‘hari menipu’. Mungkin ada yang berkata perbuatan memperolok-olok itu hanya sekadar gurauan. Tetapi apakah gurauan itu dibenarkan dalam Islam?

Terdapat pelbagai sejarah mengenai sambutan ‘hari penipuan’ atau April Fools’ ini. Yang menarik dewasa ini terdapat banyak sebaran mengatakan ianya adalah bersempena penghapusan dan penipuan keatas umat Islam di Spanyol suatu masa dahulu dan sebagainya.

Saya tidak berminat menggunakan cerita itu kerana kesahihannya masih diragui. Metode penulisan saya adalah saya akan cuba menjauhi seboleh-bolehnya perkara yang diragui. Adalah lebih baik kita menilai terus elemen sambutan itu sendiri apakah ianya dibenarkan atau tidak.

ISLAM MENOLAK BUDAYA MENIPU/BERDUSTA

Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. [at-Taubah 9:119]

Berkata Ibn Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas:

أي اصدقوا والزموا الصدق تكونوا من أهله وتنجوا من المهالك, ويجعل لكم فرجاً من أموركم ومخرجاً

Ia bermaksud: sentiasalah berlaku jujur dan komitd pada kejujuran agar kamu berada dikalangan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka . Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah. [Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/424]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ومن غشنا فليس منا

Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami. [ Sahih Muslim – no:101]

Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إن الصدق يهدي إلى البر. وإن البر يهدي إلى الجنة. وإن الرجل ليصدق حتى يكتب صديقا. وإن الكذب يهدي إلى الفجور. وإن الفجور يهدي إلى النار. وإن الرجل ليكذب حتى يكتب كذابا

Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta. [Sahih al-Bukhari – no:5743]

Baigamana pula sekiranya ianya sekadar untuk bergurau, hanya bertujuan menggembirakan hati orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ليضحك به القوم ويل له ويل له

Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia. [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]

Islam tidak menghalang untuk umatnya bergurau dan menggembirakan hati orang lain, namun perlu menjaga batas-batas tertentu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bergurau dan berjenaka tetapi tidaklah sehingga menipu semata-mata untuk bergembira.

Islam mengkehendaki umatnya sedaya upaya menjauhi sifat suka menipu dan berkata dusta. Maka tentu sekali mendedikasikan suatu hari semata-mata untuk meraikan amalan menipu atau membudayakan penipuan adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.

Shaikh Saalih Fawzaan di dalam fatwanya tentang April Fools’ menyatakan:


Menipu adalah tidak dibenarkan sama sekali, tidak kira pada bila-bila masa. Dan tidak dibenarkan mencontohi kuffar dan menyerupai mereka pada hari tersebut (April Fools' -pen) atau pada mana-mana hari. Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka" [Majalah al-Shaqaa’iq, no:32]

Di dunia ini, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraikan fitrah yang baik. Jom kembali kepada Islam.

Wallahu'alam.

Monday, March 16, 2009

'Jacko' dilelong

HARTA paling berharga Michael Jackson atau Jacko, termasuk bas melancongnya, mahkota dan pintu pagar depan Ladang Neverland miliknya, akan dijual dalam satu lelongan yang pasti akan menjadi ‘Thriller’ sebenar-benarnya.

Lebih 2,000 barangan milik bintang pop kontroversi itu, termasuk sarung tangan bertatah kristal Swarzovski, akan dikeluarkan dari simpanan Jackson untuk dilelong di Beverly Hills selama empat hari bermula 22 April depan.

Antara yang besar ialah bas melancong mewah sepanjang 15 meter, kaunter dapur marmar, kerusi kulit dan tandas membasuh punggung yang boleh mencecah harga hingga RM221,000.

Satu potret yang dilukis pada 1995 yang satu ketika pernah tergantung di ruang menanti Neverland yang menunjukkan Raja Pop itu berpakaian Elizabethan sambil memegang mahkota di atas bantal, mungkin dapat dijual dengan harga RM22,000.

Sementara sarung tangan yang dipakai penyanyi itu ketika membuat persembahan pentas untuk lagunya, Billie Jean, dijangka mencecah harga RM55,400.

Pintu pagar Neverland yang mempunyai nama Michael pada lambang keluarga diraja Britain pula boleh dijual dengan harga sekurang-kurangnya RM110,000.

Jaket yang dipakai Jackson pada majlis 10 November 1984 untuk merasmikan bintangnya di Walk of Fame, Hollywood boleh mencecah sehingga RM73,000.

Cerek teh mirip kereta bomba yang rodanya akan berpusing jika diangkat, dijangka membolehkan Jacko menambah pendapatannya sebanyak RM737 lagi, manakala patung plastik menunjukkan penyanyi itu membuat mimik muka yang digunakan ketika membuat penggambaran video Ghost pada 1997 akan dilelong dengan harga permulaan RM7.700.

Tali pinggang yang dipakainya untuk penggambaran video Moonwalker pula dijangka dijual pada harga RM3,000.

Secara keseluruhannya, pakar menjangka Jacko yang berdepan masalah kewangan yang teruk akan memperoleh RM11 juta hasil lelongan itu setelah ditolak derma kepada badan kebajikan, Musicares.

“Michael Jackson mempunyai koleksi yang pelbagai. Kami tidak pernah melihat koleksi sebanyak itu. Dan lelongan yang dijalankan akan menjadi hebat dan saya percaya tidak akan ada lelongan seperti ini lagi pada masa depan,” kata presiden syarikat lelongan terbabit, Darren Julian.

Thursday, May 15, 2008

Asyik SMS


berdiskusi soal maruah


Umpama sedan tapi lebih gaya

Oleh Mohd Razlan Salleh
PELANCARAN Perodua Nautica 4WD yang digelar ken deraan utiliti sukan (SUV) kompak dianggap pelengkap bagi menggantikan model Perodua Kembara yang sudah di hentikan pengeluarannya sejak dua tahun lalu.

Nautica yang mirip Daihatsu Terios di Jepun itu berjaya melengkapkan rangkaian kereta penumpang Perodua sedia ada seperti MyVi dan ViVa yang berciri kompak.



Ketika pelancarannya, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, menyatakan pihaknya men sasarkan jualan 200 unit Nautica sebulan.

“Nautica dijangka menjadi kesinambungan edisi SUV ke bangsaan yang diwujudkan model Kembara sebelum ini.

“SUV terbaru ini diberi sentuhan tempatan di bahagian bampar dan gril selain logo yang ditukar kepada lambang Perodua,” katanya ketika melancarkan model berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaluddin dan Pengarah Eksekutif Daihatsu, Yamazaki Sachio.

Syed Hafiz berkata, beliau mengakui model terbaru Perodua itu menggunakan platform sama dengan Toyota Rush tetapi ia tetap berbeza.

“Rush adalah SUV tujuh tempat duduk dengan pacuan dua roda manakala Nautica kenderaan lima penumpang dengan pacuan empat roda,” katanya.

Nautica 4WD ialah kenderaan SUV 1.5L DOHC dilengkapi teknologi Dynamic Variable Valve Timing (DVVT), sistem suntikan minyak elektronik dan transmisi automatik empat kelajuan.Ruang dalaman Nautica lebih kemas apabila dilengkapi sistem pemain cakera tunggal dan susunan meter kawalan penyaman udara selain paparan meter pelbagai fungsi.

Sebagai ciri keselamatan, Nautica dipasang sistem im mobiliser, beg udara berkembar, kerangka kukuh, ABS, EBD dan BA.

Perodua mensasarkan mereka yang mahukan sebuah ken deraan seperti sedan tetapi mempunyai bentuk yang lebih bergaya dengan kuasa pacuan empat roda.

Dengan harga atas jalan serendah RM89,900 dan di datangkan dengan dua warna iaitu kelabu medallion dan hitam majestic, Nautica dijangka memberi saingan sengit dalam pasaran kenderaan SUV bersaiz sederhana di negara ini.

Cinta di bangku sekolah

Oleh Ruhaiza Rusmin
USIA masih setahun jagung dan masih bersekolah namun sudah mempunyai keinginan bercinta dan mempunyai teman lelaki.

Lebih menakutkan, ada yang sanggup mengenepikan ke luarga dan mengabaikan persekolahan kerana taksub pada emosi.


Sukar mengagak apa sebenarnya kehendak remaja hari ini terutama yang masih belajar.

Meskipun guru mahupun keluarga sudah puas memberi nasihat, gelodak perasaan mengatasi pertimbangan akal.

Menghadapi situasi ini, guru terutama kaunselor berada dalam dilema, antara memikul tanggungjawab dan me mahami kehendak pelajar.

Mereka cuba mengimbangi kedua-duanya supaya tidak dikatakan berat sebelah.Guru kaunselor di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor, Norlela Abdul Rahman, berkata dia cuba me mahami kehendak sebenar pelajar terutama berkaitan emo si.Menurutnya, tumbesaran fizikal dan emosi remaja hari ini berbeza selain pengaruh persekitaran luas dan mencabar menjadikan mereka lebih cepat dewasa.

“Pelajar dulu tidak memperoleh maklumat yang cepat, ruang pergaulan terhad serta masih berpegang pada rasa hormat kepada ibu bapa menjadikan emosi atau pergerakan mudah dikawal.“Sebaliknya, pelajar hari ini memperoleh maklumat di hujung jari, institusi keluarga juga sudah renggang men jadikan mereka lebih matang dan berani menyahut per mainan emosi daripada rakan berlawanan jenis.“Masalahnya, apabila masyarakat melihat situasi ini, sudah tentu tidak suka manakala guru pula pening kepala sebab pada masa ini, mereka seharusnya menumpukan perhatian pada sekolah bukan teman lelaki,” katanya.

Media massa sering memaparkan tragedi atau permasalahan membabitkan pelajar sekolah yang masih remaja terjebak dalam kemelut percintaan usia muda.

Permainan emosi itu secara tidak langsung menimbulkan polemik di kalangan masyarakat yang menganggapnya pe nyakit sosial yang perlu ditangani segera.

Apatah lagi dengan pelbagai kes seperti bohsia dan rogol yang membuatkan masyarakat tidak menggemari senario itu.Mengulas mengenai pertikaian isu ketidakfahaman ke hendak golongan muda, Norlela berkata, perasaan tidak puas hati pelajar terhadap guru, ibu bapa atau masyarakat tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, tanggapan pelajar ini ialah mereka dikongkong dan tidak dipercayai selain menganggap emosi bersifat sub jektif serta tidak mampu dikawal.

“Selalunya, itulah anggapan pelajar. Masalahnya kedua-dua pihak melihat konteks itu daripada perspektif berbeza, go longan muda mahukan kebebasan tapi golongan dewasa beranggapan masanya belum sesuai.

“Konflik tercetus dan jika tidak diselesaikan akan me lebarkan jurang perbezaan itu. Jalan penyelesaian ada tapi caranya pula tidak kena seperti salah seorang menunjukkan kuasa veto menyebabkan penolakan ketara.

“Berdasarkan pengalaman, semakin ditolak, pelajar ini akan menunjukkan pemberontakan dan membina sikap ingin mencuba hingga akhirnya tidak mampu dikawal.

Jika sampai tahap ini, sukar mendampingi mereka kecuali jika timbul kesedaran untuk berubah,” katanya.Ditanya mengenai kaedah sesuai menangani masalah emosi pelajar sekolah, menurutnya, penumpuan aspek asas seperti komunikasi dua hala sangat berkesan.

“Malangnya, kebanyakan ibu bapa tidak mahu mengambil berat atau bercakap dengan anak malah memberi sepatah dua kata nasihat pun susah.

Mereka lebih pentingkan aspek ekonomi berbanding keperluan emosi anak.

“Apabila sering diabaikan, sudah tentu mereka mencari orang mengambil berat, contohnya kekasih. Apabila setiap hari berkongsi masalah, emosi boleh berubah sekali gus melalaikan dan lari daripada tujuan asal iaitu belajar.

“Emosi itu khayalan, tapi mereka rasa lega dan gembira.

Selepas itu, mula merancang masa depan, melakukan perkara di luar batasan menyebabkan masyarakat tidak dapat terima,” katanya.

Mengenai pelajar bercinta pada usia muda, beliau berkata, perubahan zaman menyebabkan perasaan itu tidak wajar dipersalahkan asal boleh menjuruskan pada landasan po sitif.

“Emosi bersifat subjektif, jadi sukar halang keinginan itu, cuma pelajar perlu diberi bimbingan agar menjuruskan perasaan itu bagi mencerna kecemerlangan.

Contohnya, menjadikan matlamat hidup bersama masa depan dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Ibu bapa pula janganlah terlalu mengongkong anak, se baliknya beri panduan apa yang boleh dilakukan dan tidak ketika belajar.

Saya percaya, jika ada kemesraan, jalinan ikatan kekeluargaan erat dan dengan sikap mengambil berat masalah emosi pelajar boleh diatasi,” katanya

Tasik 340 pulau


TASIK Kenyir selain menjadi kawasan tadahan air utama di Semenanjung, kian popular sebagai lokasi pelancongan an tarabangsa.

Namanya semakin kukuh sejajar dengan penganjuran pel bagai acara sukan lasak dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Terengganu 2008.

Banjaran pergunungan dan lebih 340 pulau yang ‘wujud’ selepas pembinaan empangan mencipta panorama semula jadi yang mengkagumkan sesiapa saja yang pernah men jejakkan kaki ke situ.

Malah, kawasan tadahan seluas 200,000 hektar itu kaya dengan khazanah semula jadi termasuk air terjun, gua, sungai, selain kepelbagaian flora dan fauna mempesonakan.

Semuanya hidup harmoni dalam persekitaran mendamai kan.Keluasannya saja hampir menyamai saiz Singapura, sekali gus menjadikannya tasik buatan terbesar di Asia Tenggara.

Justeru, setiap sisinya memiliki pelbagai destinasi menarik untuk diterokai.

Persekitaran tasik ini amat sesuai untuk kegiatan lasak - sama ada ‘abseling’, ‘flying fox’ dan merentas denai hutan atau ‘jungle trekking’. Pelbagai pusat peranginan di sini turut menyediakan pel bagai aktiviti sampingan lain termasuk seperti ‘night walk’, ‘compass marching’ dan ‘low rope’.Jika ada yang mahu lebih dekat dengan alam, mereka boleh membawa khemah sendiri atau menyewanya di tapak per khemahan.

Kemudahan rekreasi lain termasuk kenu turut disediakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).Melihat keluasan tasik ini, pengunjung pasti dapat me ngagak banyak destinasi menarik menanti untuk dikunjungi.

Tidak jauh dari Pengkalan Gawi, Bukit Lawit menjadi antara destinasi tumpuan pengunjung.Manakala, Air Terjun Saok pula terletak 20 minit perjalanan dengan menaiki bot.

Aliran air gunung ini antara 14 air terjun yang menjadi produk pelancongan utama di tasik ini.

Pengunjung juga boleh memilih untuk menyusuri Sungai Chacing, Sungai Pertang, Sungai Terenggan dan Sungai Lawit yang terkenal dengan keindahan semula jadinya.Bagi mereka yang gemarkan cabaran, Gua Bewah dan Gua Taat menanti untuk diterokai.

Mereka juga boleh mengikuti program pendakian ke puncak Gunung Gagau yang terletak antara sempadan tiga buah negeri - Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Mahu lebih mencabar, jangan lepaskan acara lasak berjalan kaki merentas denai hutan dari Sungai Terenggan ke Kuala Tahan di Jerantut.

Ekspedisi sejauh 40 kilometer (km) ini memakan tempoh sehingga enam hari.